Kategori Berita Utama

Pemilihan tiga sayap UMNO: Keputusan penuh belum diumum, kiraan undi masih berjalan

Keputusan penuh rasmi proses pemilihan kepimpinan tiga sayap UMNO, Pemuda, Wanita dan Puteri masih belum diketahui setakat ini.

Belum ada sebarang sidang media bagi mengumumkan keputusan dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan Umno 2013.

Manakala lawatan ke laman web Umno Online yang dicatat akan dikemaskini setiap saat pada jam 2 petang Ahad mendapati semua tiga portal keputusan bagi ketiga-tiga sayap Umno itu kosong dan hanya tercatat notis “Proses Pengiraan Akhir Undi Sedang Dijalankan. Harap Maklum

MASIH STATIK...belum ada sebarang keputusan terkini sejak saat pengumuman terakhir jam 3.55 pagi tadi.

MASIH STATIK…belum ada sebarang keputusan terkini sejak saat pengumuman terakhir jam 3.55 pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2013, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali, ketika mengumumkan secara rasmi kemenangan Khairy Jamaluddin, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil dan Mas Ermieyati Samsudin bagi jawatan Ketua Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri kira-kira jam 3.55 pagi tadi memaklumkan keputusan penuh akan diumumkan tengahari ini.

BERBEZA...ruangan keputusan pemilihan ketiga-tiga sayap UMNO yang kosong berbanding pada Sabtu.

BERBEZA…ruangan keputusan pemilihan ketiga-tiga sayap UMNO yang kosong berbanding pada Sabtu.

Shahrizat mengekalkan jawatan Ketua Wanita dengan memperolehi 100 undi, manakala penyandang jawatan Ketua Pemuda Khairy turut kekal dalam jawatan apabila memperolehi 97 undi.

Mas Ermieyati pula memenangi jawatann] Ketua Puteri dengan sokongan 96 undi bahagian. – 13/10/2013

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 October 2013 2:23 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: