Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pemilik akaun FB direman lima hari

27 DIS : Pemilik akaun Facebook dengan nama Asmaelz Hadzeny II yang ditahan polis di Sarawak, Khamis ditahan reman selama lima hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berkaitan cubaan menghasut orang ramai menyertai perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan pada 31 Disember.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Polis Bukit Aman, Datuk Mazlan Mansor berkata perintah reman diperoleh daripada Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, kira-kira jam12 tengah hari.

Asmaelz Hadzeny II...mencari bom.

Beliau berkata lelaki berusia 25 tahun itu kini ditahan di Bukit Aman bagi membantu siasatan.

Suspek yang diburu polis sejak minggu lepas, dibawa ke Kuala Lumpur pagi ini setelah dia ditahan pada 11 pagi semalam di Saratok, Sarawak.

Kes disiasat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu cubaan melakukan sesuatu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 27 December 2013 8:07 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: