Kategori Berita Utama

Pemilik FB cari bom dan hasut guling kerajaan ditahan

26 DIS : Suspek pemilik akaun facebook, Asmaelz Hadzeny II yang membuat kenyataan berbaur hasutan mengajak orang ramai untuk menyertai sebuah perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan telah ditahan pada Rabu jam 11.00 pagi di Saratok, Sarawak.

Penganggur yang berusia 25 tahun itu dalam proses untuk dihantar ke Kuala Lumpur bagi membantu siasatan.

Penahanan suspek dimaklumkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Hadi Ho menerusi laman rasmi facebook PDRM sebentar tadi.

Asmaelz Hadzeny II...mencari bom.

Asmaelz Hadzeny II…mencari bom.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu cubaan melakukan sesuatu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

Asmaelz antara lain menulis di laman facebooknya meminta rakyat membawa perkakasan, peralatan untuk mempertahankan diri daripada serangan anjing UMNO iaitu polis.

Malah beliau menulis sedang mencari bom.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 26 December 2013 5:19 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: