Kategori Berita Antarabangsa

Pemilik kapal Equanimity sedia cabar perintah mahkamah

17 MEI: Mahkamah Daerah Pusat California tidak menganalisis secukupnya hujah-hujah yang membantah pemberian hak menjaga kapal layar mewah Equanimity, kata pemilik berdaftarnya, Equanimity (Cayman) Ltd.

“Hakim tidak sewajarnya membatalkan keputusan mahkamah Indonesia bahwa penyitaan FBI ke atas kapal layar itu adalah tidak wajar dan tiada asas perundangan.

“Perintah mahkamah itu menimbulkan ketidakadilan dengan undang-undang AS berkaitan penyitaan harta benda di luar negara dan undang-undang Indonesia berkaitan bantuan perundangan kepada negara asing yang mahu merampas aset.

“Perintah mahkamah tidak menganalisis secukupnya kepentingan prinsip undang-undang yang dibangkitkan oleh pihak yang menuntut (pemilik Equanimity) dalam prosiding ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam ekoran keputusan mahkamah pada Selasa.

Katanya, ia kecewa tetapi tidak terkejut dengan keputusan itu, dan akan mengambil kesempatan daripada tempoh 30 hari untuk mencabar keputusan itu.

Pada 15 Mei, Hakim Dale S Fischer mengeluarkan perintah penjagaan itu, dan meminta penuntut kapal itu untuk menyerahkan kawalan dan hak penjagaan ke atas kapal itu kepada kerajaan AS dan meminta pihak-pihak yang terbabit untuk mencapai persetujuan bagaimana membawanya ke AS.

Dalam penghakiman bertulisnya, beliau berkata ini tidak akan melanggar kedaulatan Indonesia kerana penjagaan atas Equanimity sudah dikembalikan kepada pihak yang menuntut dan tidak lagi berada dalam tahanan polis Indonesia.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 May 2018 11:03 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: