Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pemilik pasar raya ditemui mati terikat

28 NOV: Seorang pemilik pasar raya ditemui mati dalam keadaan tangan dan kaki diikat dalam satu kejadian samun di Jelapang, Ipoh hari ini.
Mayat lelaki berusia 69 tahun ditemui anak mangsa yang pergi ke pasar raya itu untuk memulakan perniagaan kira-kira jam 8 pagi.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Thamby berkata, anak mangsa kemudian membuat laporan.

Mangsa dikatakan menetap berasingan dengan keluarganya dan ditemui di bilik tidur sewaktu kejadian berlaku.
“Siasatan awal di tempat kejadian, kita mendapati mangsa berumur 69 tahun itu ditemui dalam keadaan tangan dan kaki terikat, dan terdapat dua kecederaan di bahagian kepala dipercayai dipukul dengan senjata tumpul.

“Kita telah memanggil Unit Patologi untuk melaksanakan pemeriksaan siasatan forensik serta Unit Pengesan Anjing K9 untuk mengenal pasti suspek yang melakukan perbuatan ini,” katanya ketika ditemui media di lokasi kejadian.

Siasatan awal mendapati terdapat lebih daripada seorang suspek yang terlibat dalam kes samun berkenaan.

Mohd Ali berkata siasatan lanjut mendapat penyamun memotong peti besi dan melarikan wang serta kereta dianggarkan bernilai RM80,000.

“Cara mereka masuk adalah dengan memanjat dinding di bahagian belakang, dan memotong bumbung menggunakan cutter sebelum turun ke dalam bangunan menggunakan tali.

“Kita turut menemui sebatang besi sepanjang satu meter yang mempunyai kesan darah di lokasi kejadian, dan ini merupakan kes pertama samun di lokasi pasar raya ini,”ujarnya lagi.

Tambahnya, pihaknya masih cuba mendapatkan rakaman kamera litar tertutup daripada bangunan berhampiran dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerena membunuh.

Tambahnya, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 10 malam hingga lapan pagi selepas pasar raya tersebut ditutup.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 28 November 2017 2:12 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: