Kategori Berita Utama

Pemimpin bertaraf dunia ke mahkamah tanpa penyokong

12 FEB :  Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diuar-uarkan sebagai pemimpin bertaraf dunia menghadiri perbicaraan Kes Liwat II tanpa sokongan seperti kes beliau sebelum ini.

Ketua Pembangkang itu tiba di Mahkamah Persekutuan Putrajaya jam 9.15 pagi ditemani isteri Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Tidak ada kelibat penyokong-penyokong beliau malah anaknya Nurul Izzah, timbalan presiden PKR Azmin Ali dan lain-lain pemimpin utama pembangkang juga tiada.

Selain barisan peguam beliau yang diketuai Karpal Singh hanya Latefa Koya, Datuk Seri Chua Jui Meng dan N. Surendran.

anwarcourt

Anwar dan Wan Azizah tiba di mahkamah tanpa penyokong-penyokong seperti sebelum ini

Ketiadaan penyokong -penyokong tegas Anwar mungkin mnunjukkan mereka sudah bosan dengan kes membabitkan Anwar ataupun membayangkan beliau semakin hilang pengaruh dalam parti mahupuan dalam Pakatan Rakyat.

Malah, Anwar menerusi Twitternya malam Rabu menyeru penyokong-penyokong hadir termasuk Ketua Pemuda PKR Shasul Iskandar Mat Akin

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berdepan rayuan pendakwaraya berhubung pembebasan  Anwar daripada pertuduhan liwat setelah beliau gagal menggugurkan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwaan semalam.

Perbicaraan hari ini akan didengar panel tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Datuk Aziah Ali. Bersama beliau dua lagi hakim Datuk Rohana Yusuf dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Setelah gagal menyingkirkan Shafee, Anwar dijangka akan membuat permohonan baru untuk mendapatkan kebenaran memanggil semula bekas pegawai penyiasat kes liwat beliau, Supritendan Jude Blacious Pereiea untuk memberi keterangan.

Difahamkan permohonan Anwar ini bertujuan supaya mahkamah memutuskan sama ada keterangan Jude boleh lagi dipercayai setelah Mahkamah Tinggi pada 10 Januari lalu menolak permohonan Jude untuk menjadi peguam bela dan peguam cara.

Sebelum hakim mendengar rayuan pendakwa terhadap keputuaan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar, mereka  terlebih dahulu mendengar permohonan Karpal Singh untuk memanggil bekas Superitendant polis, Jude Blacious Pereira yang pernah menjadi saksi pendakwaan kes liwat II.

Pasukan pendakwa hari ini akan cuba mempertikaikan keputusan Mahkamah Tinggi yang bersetuju dengan pihak pembelaan bahawa bukti DNA mungkin telah diusik.

Pereira adalah pegawai yang dikatakan mengambil sampel DNA berkenaan daripada doktor yang memeriksa Anwar.

Mahmakah Tinggi telah membebaskan Anwar dari tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Desa Damansara pada 28 Jun 2008 apabila pihak pembelaan berjaya mwnimbulkan keraguan bahawa bukti DNA mungkin telah diusik.

Shafee pada Selasa memberitahu wartawan bahawa pasukannya akan membuktikan bahawa bukti DNA itu tidak pernah diusik.-bnbbcmy

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 February 2014 12:55 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: