Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pasukan khas siasat kes bekas pemimpin DAP mati ditembak

20  FEB: Polis menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kes pembunuhan seorang kontraktor yang juga bekas Ketua DAP cawangan Kampung Jering, Wong Kong Ting di depan rumahnya di Ayer Tawar, Seri Manjung, Perak, semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Jaafar Baba, berkata pasukan itu diketuai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Perak, Datuk Dzuraidi Salim.

“Laporan bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah akibat pendarahan berlebihan,” kata Jaafar pada sidang media petang Khamis.

Media hari ini melaporkan, seorang pemimpin cawangan DAP mati selepas ditembak lelaki tidak dikenali pada Rabu malam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa, Wong Kong Ting, 56, ditemui terbaring berlumuran darah di hadapan pintu pagar rumahnya.

matiMangsa dipercayai ditembak oleh seorang lelaki menaiki motosikal

Mangsa dikejarkan ke Hospital Manjung oleh ahli keluarganya untuk mendapatkan rawatan kecemasan namun mati di hospital itu kira-kira 50 minit selepas ditembak.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 20 February 2014 12:36 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: