Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pemimpin UMNO disaran perkasa bahasa Melayu

26 DIS: Pemimpin UMNO disaran memperkasa penggunaan bahasa Melayu terutama dalam program bersama akar umbi termasuk ‘Kembali ke Sekolah’.

Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Seri Hasan Malek berkata, ia sekali gus mempertingkatkan rasa kecintaan kepada negara dan bahasa kebangsaan.

Pada pagi tadi, Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Rais Yatim melalui Twitternya menyarankan pemimpin UMNO menggunakan bahasa Melayu dalam setiap program yang dianjurkannya termasuk pemberian bantuan pelajar kembali ke sekolah.

Teguran pemimpin veteran UMNO itu susulan penggunaan perkataan ‘Back To School’ (Kembali ke Sekolah) oleh rata-rata pemimpin dan Ahli Parlimen UMNO dalam kempen sumbangan kepada murid sekolah seluruh negara.

Jelas Hasan, penggunaan bahasa Melayu dengan meluas mampu membuktikan kekuatan parti kepada umum.

“Teguran Rais itu harus dilihat dalam aspek positif, ia penting demi memastikan bahasa Melayu tidak hanya menjadi perkara penting dalam program tertentu sahaja.

“Saya sendiri menggunakan nama program ‘Kembali ke Sekolah’. Saya tahu ia lebih mengeratkan serta mesra kepada pelajar dan ibu bapa,” lapor sebuah portal berita.

Terdahulu, Hasan (foto) berkata pihaknya menyerahkan kelengkapan sekolah kepada 200 murid tahun 1 dari 48 buah sekolah di Kuala Pilah.

“Barangan ini adalah sumbangan daripada UEM dengan kerjasama Pejabat Parlimen dan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Pilah,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 26 December 2017 10:33 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: