Kategori Berita Utama

Pemuda BN bersatu padu nadi parti – Zahid

20 MEI: Pemuda Barisan Nasional (BN) digesa menjaga silaturrahim, keserasian dan ketepikan perbezaan dalam usaha menawan serta mengekalkan kerusi pada Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata dalam usaha untuk  mengekalkan dan merampas semula kerusi itu, Pemuda BN juga perlu berjanji untuk bekerjasama dengan semua rakan dalam komponen BN.

“Kita mesti ketepikan perbedaan parti demi Pemuda BN baik membabitkan DNA di cawangan, DUN dan Parlimen.

“Kita mulakan sekarang dengan mewujudkan keserasian dan silaturarrahim, jangan bila dah bubar Parlimen baru nak kenal antara parti komponen,” katanya ketika berucap merasmikan Pelancaran Anak Muda Nadi Barisan Nasional (Aman BN) di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Sabtu.

Hadir sama, Pengerusi BN negeri yang juga Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Pengerusi Pemuda BN Perak, Khairul Azwan Harun.

Sementara itu, Zahid turut menegaskan bahawa silaturrahim akan menyebabkan ikatan yang kukuh bagi membolehkan BN terus bersatu.

“Kalau ada kalau perbedaan pendapat di kalangan kita…kalau ada hentikanlah perkara yang kecil ini demi BN Perak, Pemuda BN Perak dan dan bersatu hati demi kemenangan BN di negeri ini,” kata Naib Presiden UMNO itu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 20 May 2017 5:29 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: