Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pemuda Gua Musang yakin mampu tawan Kelantan semula

6 DIS: UMNO Kelantan yakin mampu menawan kembali Kelantan dari tangan PAS.

Ketua Pemuda UMNO Gua Musang, Sheikh Razali Sheikh Hamad keyakinan beliau itu berikutan keadaan pembangkang yang sedang bercelaru dengan masalah dalaman politik mereka termasuklah PAS.

“InsyaAlah, apabila sampai Pilihan Raya Umum ke-14, kita akan gandakan lagi usaha untuk jadikan Kelantan sebagai milik Barisan Nasional (BN), dengan 24 kerusi.

“Kelantan akan jadi milik BN,” katanya sewaktu menjadi jurucakap ketika perbahasan Pergerakan Pemuda Umno 2017, di Perhimpunan Agung UMNO Kali ke-71, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Rabu.

Pada tahun ini, genap 27 tahun PAS memerintah Kelantan sejak tahun 1990.

Pada Pilihan Raya Umum ke-12, BN memenangi 6 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, manakala pada Pilihan Raya Umum ke-13, BN menambah kerusi dengan 12 kerusi.

Sheikh Razali berkata, kejayaan pada tahun 2013 membuktikan bahawa BN memperolehi seratus peratus peningkatan berbanding pilihan raya sebelum ini.

“Kita gunalah apa cara sekalipun, kita memerlukannya. Ia selaras dengan slogan Tok Pa (Datuk Seri Mustapa Mohamed) bahawa PRU14 akan datang, Kelantan akan menjadi milik BN,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 December 2017 4:33 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: