Kategori Berita Antarabangsa

Pemuda Indonesia guna cara baharu cari kerja

13 JULAI: Seorang lelaki di Indonesia mencari pekerjaan dengan memuat naik foto memegang kad berserta resume di media sosial ternyata membuahkan hasil.

Ini adalah berikutan, selepas foto lelaki dikenali Asrofi tular, dia dipanggil menghadiri beberapa temuduga kerja.

Pemuda berusia 21 tahun itu merupakan graduan sekolah vakasional di wilayah Kebumen, tengah Jawa berkata, egonya diketepikan untuk membuat sesuatu yang berbeza bagi menonjolkan diri dalam pasaran kerja yang kompetetif.

“Jakarta sangat ‘gila’ dan saya harus lebih gila mencari pekerjaan,” lapor Antara News.

Pada minggu lalu, foto Asrofi berdiri di jeajantas di Grogol, Jakarta barat sambil memegang kad dengan memakai baju kemeja berkolar serta tali leher biru tular selepas dikongsi netizen.

Dia yang bekerja sebagai penjaga tempat meletak kenderaan sebelum ini sudah menghadiri banyak temuduga di seluruh Jakarta.

Asrofi berkata, dia tidak memilih temuduga yang akan dihadirinya.

“Pada pandangan saya, jika kita terlampau memikirkan maruah diri, ia tidak akan sampai kemana.

“Ramai orang mentertawakan saya, namun bagi saya, saya mungkin berada dalam situasi sebegini sekarang. Kita tak tahu apa akan terjadi di masa depan,” ujarnya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 July 2017 7:13 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: