Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Chong Sin Woon Ketua Pemuda MCA yang baru

19 DIS: Chong Sin Woon, Ketua Pemuda MCA Selangor dipilih sebagaI Ketua Pemuda MCA yang baharu pada Khamis setelah memperoleh 794 undi menewaskan Datuk Goh Gaik Meng, Ketua Pemuda MCA bahagian Batu yang memperoleh 701 undi.

Bagi jawatan Timbalan Ketua Pemuda MCA, Chris Lee Chin Yong berjaya mengetepikan Ting Tai Fook dengan mendapat 844 undi berbanding 650 undi yang diraih Ting.

Manakala bagi jawatan Setiausaha Agung, penyandang Datuk Leong Kim Soon, berjaya mengekalkan jawatannya selepas mendapat 777 undi menewaskan Lim Ban Hong yang mendapat 713 undi.

Seramai 69 calon bertanding merebut 34 jawatan pada Perhimpunan Tahunan Pemuda MCA Kebangsaan ke-49 di ibu pejabat parti itu di Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Pada Jumaat pemilihan bagi sayap Wanita 43 calon akan bertanding untuk merebut 31 kerusi.

Naib Ketua Wanita Datuk Heng Saie Kie akan berdepan dengan Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Tan Cheng Liang bagi jawatan Ketua Wanita MCA.

Kedua-dua jawatan tertinggi Wanita dan Pemuda MCA kosong selepas Ketua Pemuda Datuk Wee Ka Siong dan Ketua Wanita Datuk Yu Chok Tow mengambil keputusan tidak mempertahankan jawatan.

Dalam penamaan calon pada Isnin, calon tunggal Datuk Lee Pit Chern memenangi jawatan timbalan ketua wanita tanpa bertanding.-bnbbc.my

Ketua Pemuda baru MCA

Chong Sin Woon dijulang penyokongnya setelah memenangi jawatan Ketua Pemuda MCA pada Khamis

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 19 December 2013 11:46 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: