Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pemuda PAS mahu Khalid & Azmin tamatkan sengeketa segera

26 JAN: Setelah hanya berdiam memerhatikan dari jauh PAS melalui sayap Pemudanya pada Ahad tampil menyeru Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali agar segera berhenti bertelagah.

Dalam satu kenyataan media pada Ahad, Ketua Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kaiat berkata, pertelagahan politik antara Khalid dan Azmin tidak membawa kebaikan kepada rakyat Selangor, bahkan hanya memberi gambaran negatif terhadap imej politik Pakatan Rakyat

Result PKNS kecik“Kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat sewajarnya memberikan keutamaan serta fokus yang tidak berbelah bahagi kearah isu-isu kebajikan dan kesejahteraan rakyat, bukannya mempertajamkan lagi konflik dalaman yang hanya akan meruntuhkan tanggapan baik rakyat terhadap Pakatan,” kata Suhaizan.

Menurutnya lagi, sebarang isu dalaman perlu diselesaikan segera mengikut saluran parti dan tidak wajar dibiarkan melarat hingga menimbulkan persepsi buruk rakyat terhadap pembangkang.

“53 peratus undi popular yang diraih dalam Pilihanraya Umum ke 13 (PRU-13) lalu sepatutnya memberikan keinsafan bahawa lebih separuh rakyat menaruh harapan yang tinggi kepada pembangkang.

“Bukan kembali bermain dalam kerangka politik perebutan kuasa dan perbalahan berpanjangan yang tidak signifikan sama sekali,” tegas beliau.

Suhaizan juga menegaskan, teguran pemuda PAS bukan bermaksud mahu masuk campur urusan dalaman PKR.

“Tetapi menjadi tanggungjawab sebagai komponen dalam Pakatan Rakyat untuk mengutarakan nasihat dan teguran kearah memastikan survival jangka panjang kerajaan negeri ditadbir Pakatan serta kemaslahatan rakyat,” katanya.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 26 January 2014 5:19 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: