Kategori Berita Utama

Pemuda PAS persoal pelantikan KP SPRM tidak dibawa ke parlimen

18 MEI: Pemuda PAS mendakwa pelantikan Datuk Seri Mohd Shukri Abdull sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mematuhi manifesto Pakatan Harapan (PH) yang mahu pengisian jawatan itu diputuskan di Parlimen.

EXCO Pemuda PAS, Nurul Islam Mohamed Yusoff berkata, ini memandangkan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) parti itu sendiri mahu sesiapa yang bakal dilantik ke jawatan tertentu ditapis terlebih dahulu di peringkat Parlimen.

Beliau berkata sebelum ini PH sudah mendedahkan komitmen untuk menambah baik SPRM serta memperkasakan tindakan membanteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

“Malangnya, pelantikan itu dibuat tanpa dibawa ke Parlimen.

“Sebaliknya hanya dimaklumkan kepada media selepas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan,” kata Nurul Islam dalam kenyataan hari ini.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam mengesahkan jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM diisi oleh Shukri ekoran peletakan jawatan penyandangnya, Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 May 2018 4:05 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: