Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pemuda UMNO ke Myanmar kumpul maklumat etnik Rohingnya

5 FEB: Pemuda UMNO akan mengadakan perjumpaan dengan wakil Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Malaysia bagi mendesak campurtangan badan tersebut bagi menghentikan sebarang bentuk penindasan, diskriminasi dan eksploitasi ke atas etnik Rohingya di Barat Myanmar.

Menurut Pengerusi Biro Hal Ehwal Antarabangsa Datuk Mohamed Hazali Abu Hasan, pihaknya akan berusaha untuk PBB melalui Majlis Keselamatan mengambil tindakan yang cepat dan tegas berhubung penindasan ini dan dalam masa sama turut meminta rakan negara ASEAN yang lain memainkan peranan sama bagi membantu mereka yang tertindas.

Atas usaha ini, pemuda UMNO akan menghantar satu pasukan penyelidik di daerah Arakan, di Myanmar Barat untuk mengumpulkan maklumat lebih tepat berhubung keadaan di kawasan berkenaan dan juga akan menghantar nota bantahan kepada kedutaan Myanmar di Malaysia.

hazaliabuhasan

HAZALI

Katanya, Pemuda UMNO Malaysia, memandang berat dan serius di atas pembunuhan, penindasan, diskriminasi dan eksploitasi yang berterusan terhadap kaum etnik Rohingya di daerah Arakan, Myanmar.

Etnik Rohingya yang beragama Islam di Myanmar tidak di iktiraf kewarganegaraan mereka, ini menjadikan mereka kaum yang ‘stateless’ atau ‘tanpa negara’.

“Biro Antarabangsa Pemuda UMNO akan mengadakan perjumpaan dengan wakil PBB di Malaysia, untuk mendesak campurtangan segera oleh PBB melalui Majlis Keselamatan, bagi menghentikan sebarang bentuk penindasan, diskriminasi dan eksploitasi ke atas kaum Rohingya di Barat Myanmar,” katanya di dalam satu kenyataan, Rabu.

Menurut Mohamed Hazali, berdasarkan laporan yang dikeluarkan, PBB mengklasifikasikan etnik berkenaan adalah kaum minoriti yang paling dianiaya di dunia dan ekoran itu.

Beliau melahirkan kegusaran etnik ini akan menerima nasib yang sama seperti umat Islam di Bosnia dan Serbia.

“Kami khuatir, jika penindasan ini berterusan, ini berkemungkinan etnik ini akan dihapuskan sama sekali, seperti apa yang telah berlaku di Bosnia-Serbia pada tahun 1992-1995.

“Perkara yang berlaku ini amat jelas telah mencabul hak asasi mereka sebagai rakyat di dunia, menurut Artikel 3 Hak Asasi Manusia, untuk berhak hidup, bebas dan mendapat jaminan keselamatan yang sepenuhnya. Deklarasi hak asasi manusia PBB juga mengiktiraf maruah dan hak sama rata tidak terpisah yang melibatkan semua warga dunia,” katanya.

Pada 25 Januari yang lalu, PBB telah mengarahkan Myanmar menyiasat laporan pembunuhan berpuluh-puluh lelaki, wanita dan kanak-kanak dalam serangan yang melibatkan etnik Islam Rohingya di negara terbabit.

PBB mengatakan bahawa mereka menerima maklumat yang kukuh berkenaan beberapa siri serangan di kawasan pendalam Rakhine awal bulan lalu namun menafikan adanya orang awam yang terkorban di dalam serangan tersebut.

PBB turut menambah, pihaknya mempunyai maklumat bahawa lapan lelaki Islam Rohingya diserang dan terbunuh di kampung itu, berhampiran sempadan Bangladesh disebabkan tindakan sekumpulan etnik Rakhine beragama Buddha pada 9 Januari.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 5 February 2014 10:21 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: