Kategori Berita Utama

Pemuda UMNO Kedah gesa Saddiq dedah terperinci

13 OKT: Pergerakan Pemuda UMNO Kedah  mencabar Syed Saddiq Abdul Rahman membuat pendedahan lebih terperinci kepada umum kononnya beliau cuba dibeli individu tertentu.

Pada masa sama, ketuanya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin juga menyarankan  Ketua ARMADA PPBM itu membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Beliau turut tertarik dengan pendedahan Saddiq bahawa wujudnya ‘rangkaian dedak sistematik’ yang bertindak membeli dan merasuah beberapa pemimpin parti serpihan UMNO itu yang didakwa membabitkan seorang pegawai di Pejabat Perdana Menteri.

“Saddiq perlu membuktikannya dengan melaporkan kepada pihak berwajib.

“Kita masih menunggu tindakan beliau untuk membuktikan setiap pertuduhan dibuat beliau dan bukannya hanya lantang dalam sidang akhbar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Share This:




Berita Bertarikh pada 13 October 2017 1:34 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]