Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pemuda UMNO KL gesa kerajaan batal MAH

14 NOV: Pergerakan Pemuda UMNO Kuala Lumpur mengesa kerajaan membatalkan pendaftaran Persatuan Hotel Malaysia (MAH) berhubung  kejadian pekerja wanita Islam yang bertudung dilarang berkhidmat di kaunter hotel.

“Jangan bagi muka kepada Persatuan Hotel Malaysia yang menyokong hotel-hotel yang mendiskriminasi pekerja wanita Islam,” kata Ketuanya, Datuk Razlan Rafii (foto) dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu Pengerusi MAH, Cheah Swee Hee dilaporkan mempertahan tindakan pengendali hotel yang menetapkan dasar berkenaan atas alasan setiap hotel perlu mengikut standard operasi (SOP) dan polisi ditetapkan.

Tambah Razlan, persatuan itu dilihat sudah diberikan terlalu banyak keistimewaan.

“Tetapi tindakan menyokong diskriminasi ke atas wanita Islam bertudung adalah satu tindakan yang tidak wajar.

“Persatuan ini sepatutnya bertindak lebih terbuka untuk menghayati budaya Islam di negara ini serta memperkenalkan Malaysia sebagai destinasi perlancongan Islam,” katanya lagi.

Share This:




Berita Bertarikh pada 14 November 2017 7:12 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]