Kategori Berita Utama

Pemuda UMNO: Syed Mokhtar perlu jelaskan pemilikan PROTON

1 JUN: Pergerakan Pemuda UMNO mendesak tokoh korporat berstatus jutawan, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary untuk tampil memberi penjelasan susulan penjualan saham PROTON kepada syarikat China, Zhejiang Geely pada minggu lalu.

Dalam satu kenyataan, Penolong Setiausaha Pemuda, Datuk Mohamad Sahfri Abd Aziz berkata ianya boleh meredakan kerisauan rakyat serta menjawab persoalan ditimbulkan oleh pengkritik ekonomi tempatan dan antarabangsa.

“Syed Mokhtar tidak boleh diam ibarat syaitan bisu, yakni tidak memberitahu kebenaran sedangkan mempunyai pengetahuan dan tanggungjawab untuk menjelaskan perkara sebenar.

“Pemuda UMNO mahu beliau menjelaskan siapa pemilik sebenar dan siapa proksi serta penama-penama di belakang PROTON,” katanya dalam satu kenyataan, Khamis.

Gesaan itu dibuat berikutan keputusan DRB-Hicom Bhd menjual 49.9 peratus kepentingannya dalam PROTON kepada firma China, Geely Automotive Holdings Ltd.

Sahfri (foto) berkata pihaknya percaya bahawa semua isu yang berbangkit dapat diketahui oleh masyarakat umum sekiranya penjelasan diberikan.

“Pada masa yang sama kita juga memandang serius kenyataan-kenyataan negatif yang dibuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga bekas Pengerusi PROTON susulan daripada penjualan saham.

“Kenyataan beliau menimbulkan polemik dan kekeliruan di kalangan para pemerhati serta rakyat dan juga dunia perniagaan tentang masa depan PROTON,” kata Sahfri lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 1 June 2017 9:16 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: