Kategori Berita Utama

Zahid ulas penahanan “Sultan Melaka”

14 JAN: Lelaki yang mendakwa dirinya “Sultan Melaka”, Raja Noor Jan Shah Raja Tuah ditahan berdasarkan undang-undang negeri serta Perlembagaan Persekutuan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid menjelaskan, apabila Negeri-Negeri Selat yang terdiri daripada Melaka, Pulau Pinang dan Singapura ditubuhkan, dari segi Perlembangaan Negeri dan Perlembangaan Persekutuan tidak ada mana-mana individu yang boleh mendakwa atau menuntut takhta kesultananan di negeri-negeri berkenaan.

Raja Noor Jahan, lelaki yang mengaku dirinya "Sultan Melaka" ketika diberkas di Jeti Anjung Batu, Serkam, di Jasin, Melaka pada Selasa.-Foto Berita Harian

Raja Noor Jahan, lelaki yang mengaku dirinya “Sultan Melaka” ketika diberkas di Jeti Anjung Batu, Serkam, di Jasin, Melaka pada Selasa.-Foto Berita Harian

“Dalam hal ini, polis mengambil tindakan adalah berdasarkan pada perundangan yang ada pada kerajaan negeri, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri dan juga Perlembangaan Persekutuan.

“Saya harap mana-mana individu dan kumpulan yang mahu menuntut tahkta Melaka harus melupakan hasrat itu. Lihat fakta, sejarah dan perundangan. Ini harus diakui sebagai hakikat dan kenyataan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Pasukan Bola Sepak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) di sini hari ini.

Selain itu, tambah Ahmad Zahid, berdasarkan Sejarah Melayu dan bahan kajian lain seperti Hikayat Hang Tuah, Sultan Melaka yang terakhir ialah Sultan Mahmud Shah yang menduduki takhta antara tahun 1488-1511, dan selepas itu tiada lagi sultan di negeri itu.

Satu daripada "majlis istiadat pengurniaan pingat dan anugerah kebesaran" yang dianjur oleh Raja Noor Jahan.

Satu daripada “majlis istiadat pengurniaan pingat dan anugerah kebesaran” yang dianjur oleh Raja Noor Jahan.

Raja Noor Jan Shah ditahan jam 10.50 pagi Selasa membantu siasatan mengikut Akta Hasutan berhubung dakwaan telah mengadakan beberapa majlis penganugerahan pingat, bintang dan darjah kebesaran yang tidak diiktiraf oleh kerajaan.

“Sultan melaka” itu ditahan polis di Jeti Anjung Batu, Serkam, Jasin ketika dalam perjalanan ke Pulau Besar, Melaka dipercayai bagi menghadiri sambutan Maulidur Rasul dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.

Penahanan itu dibuat susulan laporan polis oleh Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) di Balai Polis Ayer Keroh, semalam.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dilapor menafikan pernah mengiktiraf Raja Noor Jahan sebagai pewaris Sultan Melaka yang sah.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dilapor menafikan pernah mengiktiraf Raja Noor Jahan sebagai pewaris Sultan Melaka yang sah.

Manakala Sabtu lalu, Free Malaysia Today melaporkan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dalam jawapan melalui email kepada portal berita itu menafikan mengiktiraf Raja Noor Jahan sebagai sultan Melaka yang sah selain mengesahkan tidak pernah menerima sebarang permohonan tuntutan yang difailkan mana-mana pihak mengenai perkara itu.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 January 2014 5:30 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: