Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Penahanan tiada niat politik

Peruntukan penahanan tanpa perbicaraan selama 2 tahun terkandung dalam  Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 tidak mempunyai motif politik.
nohomar2Ia juga bukan bertujuan menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar berkata, ini terbukti apabila kuasa mengeluarkan perintah tahanan itu diserahkan kepada Lembaga Pencegahan Jenayah yang dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong.

Ahli Lembaga berkenaan pula dianggotai lima anggota dan diketuai oleh seorang pengerusi yang pernah atau sedang atau layak menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan ataupun Mahkamah Tinggi.

“Saya percaya semua ahli lembaga berkenaan adalah profesional dan arif dalam selok belok perundangan selain bukan terdiri daripada ahli politik. dan oleh itu boleh membendung penyalahgunaan kuasa,” hujah Noh menjawap soalan daripada Ahli Parlimen PAS Pasir Putih, Datuk  Dr. Nik Mazian Nik Muhammad.

Nik Mazian bangun bertanya samada pindaan APJ 1959 bertujuan menggantikan ISA ketika Noh membahaskan usul menyokong Rang Undang-undang bagi meminda 11 Seksyen dalam  APJ.

Selain itu, dewan juga kecoh apabila Noh bertikam lidah dengan Ahli Parlimen PKR Gombak, Azmin Ali yang mendakwa pindaan APJ mewujudkan undang-undang yang lebih buruk dari ISA kerana tidak memberi ruang untuk tahanan membuat semakan kehakiman.

Menurut Noh, Pindaan APJ sebenarnya membenarkan semakan kehakiman dibuat mengenai pematuhan kepada rosedur yang ditetapkan (SOP) ketika penahanan dibuat.

Noh diakhir perbahasannya mencadangkan kerajaan melibatkan masyarakat dalam usaha mencegah jenayah dengan menubuhkan satu bentuk tabung atau dana insurans.

Katanya ada kes anggota masyarakat terkorban atau cedera ketika membantu mencegah jenayah, tetapi keluarga mereka terbiar tanpa pembelaan. -2/10/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 October 2013 10:02 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: