Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PENAMA beri manfaat kepada anggota, veteran ATM

8 MAC: Anggota Angkatan Tentera Malaysia menyambut baik malah menerima sektor peruncitan yang dikendalikan Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) dalam menangani peningkatan kos sara hidup.

Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein ia terbukti apabila sehingga kini sebanyak 513 produk ditawarkan dengan kadar potongan harga 35-45% sejak pelaksanaan transformasi yang dilaksanakan hingga mencatatkan hasil jualan sehingga RM3 juta sepanjang tahun 2017.

“Kalau nak banding Oktober dan November tahun lepas jualannya hanya RM1.9 juta sebulan, kita nampak peningkatan hasil jualan sebanyak 37.7 peratus dengan perbezaan hasil jualan meningkat RM2.3 juta.

“Bebanan kos sara hidup harus dilihat dalam konteks agenda pendidikan, latihan, yang telah dilancar di peringkat Kemterian Pertahanan.

“Agenda perumahan, kesihatan akan dilancarkan dalam masa beberapa minggu lagi. Jadi jika kita lihat secara menyeluruh memang ianya sememangnya dapat membantu anggota veteran dan keluarga masing-masing untuk berdepan dengan kos sara hidup,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raime Unggi ketika sesi pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat pada Khamis. .

Tambahnya, transformasi itu dilaksanakan sebagai inisiatif membantu anggota ATM dan veteran dalam menangani peningkatan kos sara hidup.

“Transformasi PERNAMA telah diwujudkan pada 19 Disember tahun lepas. Terdapat 9 inisiatif yang sedang dan akan dilaksanakan oleh PERNAMA di dalam transformasi ini.

“Melalui transformasi ini PERNAMA telah menawarkan sebanyak 137 jenis produk barangan keperluan harian seperti beras, gula, minyak masak, tepung gandum dan pelbagai barang keperluan yang lain yang dijual dengan kadar sehingga 45% lebih murah dari harga pasaran.

“Di samping itu, terdapat 376 jenis produk lain yang dijual dengan kadar sehingga 35% lebih murah dari harga pasaran. Justeru, jumlah produk yang ditawarkan dengan kadar potongan harga 35-45% ialah sebanyak 513 jenis produk,” katanya.

Menurutnya lagi, PERNAMA turut menawarkan penjualan pakaian persekolahan dengan penurunan harga sebanyak 45% dan dijual dengan konsep pembelian sepasang percuma sepasang.

 

Sebanyak lima lagi premis perniagaan PERNAMA dirancang dibuka di seluruh Negara.

Setakat ini terdapat 82 premis perniagaan Pernama yang dibuka terutamanya di dalam kem-kem Angkatan Tentera Malaysia.

Menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Parit Sulong Datuk Noraini Ahmad, Hishammuddin berkata sehingga kini 1,645 anggota telah dilantik PENAMA untuk menceburi bidang keusahawanan yang diperhebatkan melalui akedemik peruncitan PENAMA.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 8 March 2018 11:53 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: