Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Penamatan monopoli Bernas mampu turun, kawal harga beras

13 JUN: Penamatan monopoli Syarikat Padi Beras Nasional (Bernas) sebagai pengeluar beras negara mampu menurunkan dan mengawal harga beras di negara ini.

Menteri Pertanian  dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub berkata ini kerana penamatan monopoli Bernas itu akan membentuk pasaran yang lebih  terbuka kepada hasil padi dan beras di negara ini antara lain dengan mewujudkan persaingan yang sihat antara syarikat yang terlibat dalam industri padi dan beras negara.

“Dalam industri padi dan beras negara ini, kita ada pembekalan dan permintaan, jadi bila kita pecahkan  monopoli Bernas, kita akan wujudkan persaingan yang lebih baik daripada syarikat-syarikat terlibat bagi penuhi pembekalan dan permintaan itu, seterusnya mampu turun serta kawal harga.

“Namun tamatnya monopoli Bernas ini tidak bermakna Bernas itu terus dihapuskan, tidak. Bernas masih kekal cuma kita mahu membuka pasaran (padi dan beras) itu kepada umum,” katanya kepada media hari ini.

Terdahulu, beliau menerima sumbangan lebih RM1 juta daripada pelbagai pihak untuk Tabung Harapan Malaysia di Bakri pada majlis yang turut dihadiri Ahli Parlimen DAP Bakri Yeo Bee Yin.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 June 2018 5:51 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: