Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Penambahan 3 Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-kanak realistik

27 OKT: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri adalah belanjawan yang realisitik.

Katanya Bajet tersebut membuktikan kerajaan begitu konsisten dalam memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terbela serta ekonomi dan masa depan negara terus terjamin.

“Kerajaan sentiasa realistik dalam menentukan dasar ekonomi negara bagi menjamin segala komitmen dapat direalisasikan dan dizahirkan kepada rakyat. Kerajaan tidak seperti pembangkang yang hanya memberi angan-angan kosong untuk mengejar populariti.

“Saya sebagai Ahli Parlimen Pengerang menyambut baik pengumuman yang dibuat Perdana Menteri terhadap masyarakat Felda dan peruntukan pembangunan luar bandar dalam memastikan tiada rakyat yang tertinggal dalam arus pembangunan,” katanya dalam satu kenyataan.

Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang itu dalam masa yang sama turut berterima kasih kepada Perdana Menteri dalam memperluaskan Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terdahulu menyatakan pada tahun hadapan, tiga mahkamah akan ditubuhkan bagi melindungi kanak-kanak dari jenayah seksual.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 27 October 2017 7:50 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: