Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Penambahbaikan PBS diumum Selasa

16 MAC: Pindaan bagi penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) akan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada Selasa ini.

Muhyiddin ketika merasmikan Program Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti (Sarana Ibu Bapa) antara penambaikan yang dilakukan adalah guru tidak perlu memasukkan data pelajar secara dalam talian.

Sebaliknya beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata, data sistem PBS itu hanya perlu disimpan sendiri oleh guru sebagai rekod dalam usaha kerajaan meringankan beban guru.

Guru Mengajar“Kita mahu guru beri tumpuan kepada proses pengajaran dan bukan memasukkan data pelajar,” katanya ketika merasmikan program Saranan Ibu Bapa di SMK Tinggi Kajang pada Ahad.

Pada 24 Februari lalu, Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh betkata, PBS yang diumumkan penangguhannnya sebelum itu akan diteruskan setelah ia diberikan ciri-ciri penambahbaikan.

Kata Idris, kementeriannya melaksanakan PBS kerana rakyat, golongan profesional dan guru juga yang tidak mahu sistem lama berasaskan peperiksaan terus diamalkan.

PBS adalah dasar yang melibatkan pentaksiran secara menyeluruh (holistik) terhadap pencapaian murid.

Sehari sebelumnya, pada 23 Februari, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof dalam satu kenyataan berkata, Kementerian Pendidikan memandang serius isu bebanan tugas yang dibangkitkan oleh guru-guru dalam pelaksanaan PBS di samping pandangan akan kesannya kepada murid.

Menurut Dr Khair, pihak kementerian sentiasa terbuka dan telus terhadap sebarang rungutan, komen, pandangan, kritikan daripada guru-guru serta masyarakat berhubung sistem itu.

Sehubungan itu, kementerian mengambil inisiatif meneliti semula pelaksanaannya agar dapat mengurangkan bebanan tugas guru, kata Dr Khair.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 March 2014 5:18 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: