Kategori Berita Utama

Penangguhan dan undian semula memalukan PAS

24 NOV: Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata amat memalukan kerana PAS terpaksa menangguhkan pengundian dan kiraan semula undi pada pemilihan pucuk pimpinannya pada Muktamar Ke-59 parti itu

Katanya, ini menunjukkan parti-parti pembangkang DAP dan PAS gagal membuktikan proses pemilihan parti mereka berjalan lancar sebaliknya  masih mahu mempersoal proses pemilihan parti-parti lain termasuk UMNO.

“Bagaimana nak percayakan DAP dan PAS? Mereka gagal buktikan proses pemilihan parti sendiri yang tidak dapat berjalan dengan lancar…nak kira undi 1,000 lebih orang pun ambil masa dua hari. “Janganlah nak ‘lecture’ kita dan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) tentang proses pemilihan yang telus sedangkan (pemilihan) parti sendiri pun tak dapat nak kendalikan, ‘this is a shame’,” katanya.

Beliau mengulas masalah dalam PAS ketika muktamarnya di Shah Alam dalam sidang media selepas merasmikan ‘Batik Fun Walk 2013’ anjuran Yayasan Budi Penyayang Malaysia di ibu negara, Ahad.

malupasPengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti PAS Asmuni Awi sebelum ini mengumumkan pengiraan semula perlu diadakan bagi jawatan Naib Presiden apabila keputusan menunjukkan saingan rapat antara calon-calonnya.

Sebelum itu, PAs terpaksa mengadakan undian semula kerana masalah teknikal bagi jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Mengenai dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan membawa masuk 40,000 pengundi haram warga Bangladesh pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) Mei lepas, Khairy berkata tuduhan itu tidak berasas kerana tiada bukti.

“Apa sahaja kenyataan yang dikeluarkan mesti berasaskan bukti kukuh…PRU merupakan satu landasan penting yang dapat membuktikan kesahihannya apabila rakyat memilih kerajaan dan ia juga dapat dilihat apabila tiada satu pun petisyen PRU yang difailkan tersangkut,” katanya.

Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina memberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini bahawa beliau tidak percaya dengan dakwaan itu dan menafikan pembabitan warganegaranya dalam PRU-13.

Namun, Anwar awal minggu lalu mendakwa tidak mengeluarkan kenyataan merujuk kepada 40 ribu pengundi Bangla tersebut sebaliknya diputar belit media dan bloggers pro UMNO. –bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 24 November 2013 2:42 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: