Kategori Berita Utama

Pencapaian negara adalah hasil idea UMNO, BN

8 DIS: Rakyat perlu diingatkan bahawa segala pencapaian yang dibuat oleh kerajaan hari ini adalah hasil cadangan daripada parti UMNO dan Barisan Nasional (BN) sendiri.

Ini kerana menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, parti mempunyai kuasa lebih besar untuk melaksanakan segala pembangunan apabila yang kini sudah mencapai 97 peratus daripada apa yang dijanjikan dalam Aku Janji BN.

“Kita perlu yakinkan orang luar bahawa parti kita berbeza dengan parti yang lain, kita sudah ada track record, rakyat boleh ukur dari segi ekonomi, bukan retorik. Lebih 97 % akur janji kita terlaksana kita boleh tunjuk dan bandingkan dengan pembangkang.

“Berulang kali mereka dikaitkan dengan perkataan pembohongan, kita realisitik. Jadi kita perlu lakukan sesuatu dalam hal ini,” katanya kepada BNBBC.my portal pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Shamsul berkata pendekatan dalam memaklumkan perkara itu terhadap rakyat harus diubah bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Jelasnya medium utama yang paling berkesan menyampaikan perkara itu adalah melalui media siber.

“Kalau dulu kita selalu menggunakan perang bendera untuk menunjukkan kekuatan parti, tetapi sekarang bukan itu lagi caranya, kita perlu uar-uarkan pada rakyat melalui media sosial, hanya guna jari kita sahaja.

“Presiden parti inginkan majoriti yang lebih besar supaya persidangan seterusnya akan dibuat dengan kekuatan baru, dan ia juga pencapaian baru buat UMNO,” jelasnya.

Tambah beliau, pendekatan itu perlu dibuat kepada semua golongan tidak mengira bangsa.

“Parti ni kita berkhidmat untuk semua, saya sebagai Pengerusi BIKUM turun ke bawah untuk membantu rakyat susah, itu yang kita buat selama ni.

“Sebenarnya rakyat mendapat bantuan kebajikan melalui idea parti , tapi dilaksanakan jentera kerajaan , Cuma dalam soal pemberian tidak terhad kepada penyokong parti sahaja,” ujarnya lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 8 December 2017 1:21 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: