Kategori Berita Utama

Pencapaian UMNO ‘report kad’ penentu kejayaan PRU14

7 DIS: Selain menyeru ahli UMNO bersiap siaga menghadapi ibu segala pilihan raya tahun hadapan, ucapan Datuk Seri Najib Razak sebagai presiden parti itu disifsatkan amat luar biasa kerana menyentuh pelbagai segmen bagi memastikan parti itu meneruskan kelangsungannya sebagai wadah perjuangan orang Melayu.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan secara keseluruhan ucapan dasar Presiden menekankan parti itu sedang berada pada landasan tepat dan fokus untuk mencipta kemenangan pada PRU ke-14 tahun hadapan.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein bersalaman selepas sidang media Perhimpunan Agung UMNO 2017 di PWTC

“Ucapan dasar ini sesuatu di luar jangkaan para perwakilan kerana terangkuman ucapan ini meletakkan kesepaduan jentera parti bagi mengelakkan kita berada di persimpangan.

“Secara peribadi saya memerhatikan ada tujuh segmen penting dalam ucapan Presiden selain beberapa fakta telah dihamparkan kepada khalayak khusunya untuk ahli UMNO.

“Saya lihat semua segmen ini memberi tumpuan perang besar yang akan kita hadapi iaitu ibu segala pilihanraya pada tahun hadapan dan genderang perang akan dipukul oleh Presiden untuk disambut oleh kita mendapatkan kejayaan pada pilihanraya nanti,” katanya pada sidang media di PWTC, Khamis.

Zahid yang juga pemangku Timbalan Presiden UMNO berkata, keupayaan UMNO membela dan membangunkan sosio ekonomi dan taraf hidup orang Melayu akan menjadi penanda aras terhadap segala keras yang telah dilaksanakan parti itu.

“Masalah yang kedua kita hadapi iaitu masalah sosio ekonomi rakyat khususnya orang Melayu dan ini melibatkan pencapaian serta landasan untuk melihat rekod BN dan beliau sendiri,” ujarnya.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein bercakap pada sidang media Perhimpunan Agung UMNO 2017 di PWTC

Menurut Zahid, sejak mengambil alih tanggungjawab sebagai Presiden UMNO daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi, Najib telah berjaya menggarap semula semangat perpaduan yang utuh di kalangan pemimpin dan ahli parti keramat Melayu itu.

“Kesinambungan UMNO daripada Pak Lah telah diteruskan dengan langkah mentransformasikan, memperkasakan kesepaduan UMNO oleh beliau.

“Kita kena bergerak dalam satu pasukan, bergerak dalam penuh keyakinan, dan pertaruhkan perjuangan ini dengann rasa penuh ketaqwaan.

“Melihat kesiapsiagaan jentera pilihanraya di mana UMNO mengetuai BN, jalinan kerjasama bukan sahaja jentera UMNO, tapi BN itu sendiri dan harus diterjemahkan dengan usaha keras kita bagi memperolehi kejayaan pada PRU ke-14 nanti,” kata Timbalan Perdana Menteri itu.

Sementara itu seorang lagi Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussain menyifatkan segala ucapan dasar Presiden parti adalah sebuah buku laporan prestasi UMNO yang bakal menjadi penentu kejayaan pada PRU ke-14 nanti.

“Ini adalah report card UMNO dan beliau sendiri dan pencapaian hasil kerja-kerja kita melaksanakan pelbagai program membela dan membangunkan ekonomi orang Melayu khususnya,” jelasnya

Hishammuddin juga menyeru setiap ahli UMNO menyerap segala ucapan Presiden sebagai pencetus semangat memastikan kemenangan pada PRU ke-14 nanti.

“Pastikan momentum ini dibawa ke peringkat bahagian dan cawangan masing-masing bagi mencapai kejayaan kita pada pilihanraya nanti.

“Jangan bercakaran jgn bersengketa sesama kita, kita ini juga bertanggungjawab dalam semua aspek supaya dapat diterjemahkan di bahagian dan PDM masing-masing,” kata Menteri Pertahanan itu.

Share This:




Berita Bertarikh pada 7 December 2017 3:23 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]