Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pencarian MH370 di selatan disambung sebaik terbit matahari

21 MAC: Australia pagi ini menyambung usaha mencari objek yang dippercayai kemungkinan serpihan pesawat yang terapung di kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi ketika operasi mencari dan menyelamat oleh pasukan antarabangsa untuk pesawat MH370 masuk hari ke-14.

Semalam, pesawat peninjau mencari sepasang objek berdasarkan imej yang dirakam satelit yang Australia dan Malaysia sifatkan sebagai “boleh dipercayai” dalam misteri kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia MAS) MH370.

Search Area Australia 19 MacAgensi berita antarabangsa AFP melaporkan, operasi mencari di kawasan itu yang diketuai Australia bermula sejurus terbit matahari pada Jumaat.

Pada petang Khamis, kapal pengangkut Norway sudah tiba di lokasi yang terletak kira-kira 2,500 kilometer ke barat daya Perth itu walaupun pelayaran menempuh cuaca buruk dan jarak penglihatan yang terhad.

Empat pesawat udara menggantung pencarian mereka selepas senja semalam selepas mencerap kawasan seluas 23,000 kilometer persegi tanpa menemui sebarang objek yang dikesan satelit pada pagi Khamis.-bnbbc.my

Kapal Norway yang suudah tiba di kawasan pencarian lewat petang Khamis.

Kapal Norway yang suudah tiba di kawasan pencarian lewat petang Khamis.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 21 March 2014 8:00 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: