Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pencarian MH370 diteruskan hari ke 27

4 APR: 10 pesawat tentera , empat jet awam dan sembilan kapal laut akan membantu dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Boeing 777-200ER milik Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 pada Jumaat.

AMSA071Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) dalam kenyataan berhubung SAR MH370 yang dikeluarkan hari ini memaklumkan, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) telah mensasarkan kawasan carian seluas kira-kira 217,000 kilometer persegi, terletak 17,000 kilometer ke barat laut Perth.

Pesawat pertama berlepas ke kawasan carian berkenaan jam 6 pagi.

Seramai 26 sukarelawan dari Australia Barat, New South Wales dan Victoria akan bertindak sebagai pemerhati udara di tiga pesawat awam selain sebuah pesawat awam lain akan beroperasi sebagai geganti komunikasi.

Cuaca di Lautan Hindi ppada Jumaat diramalkan baik dengan jarak penglihatan kira-kira 10 kilometer.

AMSA047Dalam pada itu, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia terus menghalusi kawasan di mana pesawat MH370 itu memasuki air berdasarkan analisis teknikal pelbagai disiplin komunikasi satelit dan prestasi pesawat, yang diperolehi dari pasukan penyiasat antarabangsa terdiri daripada penganalisis Malaysia, Amerika Syarikat, United Kingdom, China dan Autsralia.

Hari ini sudah masuk hari ke 27 MH370 hilang sejak 8 Mac lalu.

Ia membawa 239 penumpang dan anak kapal dari 14 buah negara.-bnbbc.my

 

MH370 jacc

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 4 April 2014 9:35 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: