Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pencawang TNB berhampiran MRT Cochrane runtuh

9 JAN: Sebahagian kecil lantai bangunan Pencawang Masuk Utama (PMU) MRT Cochrane di ibu kota yang sedang dalam pembinaan runtuh pada petang tadi.

Menurut kenyataan Tenaga Nasional Berhad (TNB), kejadian jam 5.30 petang itu dipercayai berlaku apabila perancah tapak lantai di tingkat tiga runtuh ketika kontraktor sedang melakukan kerja-kerja menuang konkrit di tingkat berkenaan.

Berdasarkan laporan awal yang diterima, seorang pekerja kontraktor dikhuatiri terperangkap dalam runtuhan terbabit.

Pasukan bomba dan penyelamat kini berada di lokasi kejadian untuk menjalankan kerja-kerja menyelamat.

Sementara itu, pihak MRT Corp memaklumkan kejadian runtuhan substesen tiada kaitan dengan projek MRT.

“Tiada kerja pembinaan di bawah MRT Corp atau kontraktor berkaitan di lokasi berkenaan. Projek di substesen itu dikendalikan oleh TNB dan bukan sebahagian daripada projek MRT,” kata Pengarah Perhubungan Awam MRT Corp, Datuk Najmuddin Abdullah.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 January 2018 11:15 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: