Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pendaftaran PKR boleh batal jika Anwar bertanding

1 APR: Sebetulnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) berdepan risiko dibatalkan pendaftarannnya oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) jika penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan hasrat bertanding jawatan Presiden pada Pemilihan PKR 2104, kata beberapa peguam.

Menurut peguam Edmond Bon, mengikut Akta Pertubuhan 1966 mana-mana individu tidak boleh bertanding untuk memegang apa-apa jawatan dalam parti jika individu tersebut disabitkan atas suatu kesalahan.

Anwar meletakkan PKR dalam risiko jika bertanding

Anwar meletakkan PKR dalam risiko jika bertanding.

“Anwar tidak perlu bertanding. Oleh itu, apabila mereka menghantar namanya sebagai presiden parti kepada ROS, ia mungkin membawa kepada pertikaian yang boleh menyebabkan pembatalan pendaftaran parti,” kata Bon.

Bon menyifatkan tindakan Anwar itu sebagai ‘menyalahi undang-undang’ di bawah Akta Pertubuhan 1966.

Pendapat sama juga dinyatakan seorang lagi peguam, New Sin Yew.

New menjelaskan Seksyen 9A(1) (b) Akta Pertubuhan tidak membenarkan seseorang yang disabitkan kesalahan untuk bertanding atau memegang jawatan dalam pertubuhan.

“Menurut Seksyen 9A(1)(b) Akta Pertubuhan, seseorang hilang kelayakan untuk menjadi atau memegang jawatan dalam pertubuhan yang didaftarkan jika disabitkan atas sebarang kesalahan di bawah undang-undang lain dan boleh didenda RM2,000 atau penjara tidak kurang dari setahun,” kata New.

Seksyen 9A 1 Akta PertubuhanNamun peguam PKR, Radzlan Jalaludin berkata, Anwar masih boleh bertanding berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 9(4) Akta Pertubuhan itu sendiri.

Di bawah Seksyen 9(4) itu, seseorang yang hilang kelayakan boleh diberikan pengecualian untuk bertanding dan memegang apa-apa jawatan dalam parti atau pertubuhan dengan syarat mereka mengemukakan permohonan kepada pendaftar.

“Masih ada ruang untuk Anwar dicalonkan dan dipilih dengan syarat pengecualian diberikan oleh Pendaftar,” kata Radzlan.

Bagaimanapun, ketika ditanya portal berita MStar sama ada Anwar sudah memfailkan permohonan tersebut, Radzlan berkata dia tidak diberitahu mengenainya.

Anwar sendiri atau  pegawai-pegawai kanannya tentu tahu dan sedar mengenai peraturan di bawah Akta Pertubuhan itu.

Seksyen 9A 4 Akta PertubuhanMereka sepatutnya menghantar surat memohon pengecualian bagi membolehkan Anwar bertanding dan memegang jawatan jika menang sejak dari awal.

Ia bagi memastikan peristiwa seperti Anwar dilarang masuk ke Jepun kerana tidak  terlebih dahulu mengemukakan permohonan visa khas berlaku lagi.

Jangan pula setelah menang, dan kemudian ROS bertindak membatalkan pendaftaran PKR mengikut peruntukan undang-undang di bawah Akta Pertubuhan itu, kelak kerajaan atau Barisan Nasional (BN) dan UMNO pula yang dituduh menjadi dalang untuk membunuh  karier politik beliau dan perjuangan PKR.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 1 April 2014 2:08 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: