Kategori Ekonomi

Pendapatan berulang jamin prestasi kewangan 2015 MISC

4 OGOS : MISC Bhd menjangkakan prestasi kewangan kumpulan itu untuk baki suku 2015 akan terus disokong oleh jaminan pendapatan berulang yang diperolehi daripada portfolio kontrak jangka panjang perkapalan LNG serta segmen perniagaan luar pesisir.

Ia menjangkakan pengukuhan segmen penghantaran petroleum pada separuh pertama tahun ini akan diteruskan dalam tempoh separuh kedua tahun ini dengan syarat tiada sebarang pengurangan dalam pengeluaran minyak global.

“Prestasi kewangan tahun penuh bagi segmen penghantaran petroleum diunjur mencatat peningkatan ketara berbanding prestasi pada 2014.

“Bagaimanapun, prospek penghantaran bahan kimia masih kekal bercampur-campur,” kata makluman MISC Bhd kepada Bursa Malaysia.

Menurut makluman itu, untung sebelum cukai syarikat bagi tempoh suku kedua berakhir 30 Jun 2015 melonjak misc bunga kasturikepada RM772.57 juta daripada RM344.56 juta bagi tempoh sama tahun lalu.

Pendapatan turut meningkat 2.4 peratus kepada RM2.60 bilion daripada RM2.54 bilion sebelum ini.

Peningkatan hasil kumpulan diterajui kadar pengangkutan lebih baik bagi segmen perniagaan petroleum serta hasil projek kejuruteraan, perolehan dan pembinaan dalam suku semasa.

MISC turut mengaitkan perolehan itu dengan sumbangan pembiayaan pajakan unit pengeluaran terapung, penyimpanan dan pemunggahan yang bermula pada September 2014.

 

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 4 August 2015 8:29 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: