Kategori Berita Utama

Pendedahan laporan Audit 2012 bukan semua penyelewengan

 

Jumlah 15 kertas siasatan yang dibuka Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ekoran pendedahan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 tidak bermakna terdapat penyelewengan dalam tadbir urus kewangan negara.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata pandangan yang menyatakan laporan audit tersebut menunjukkan kesemua penyelewengan yang dibuat oleh kerajaan tidak lebih sekadar persepsi sahaja.

nurjazlan“SPRM buat (siasat) sendiri, bagi saya baguslah…mereka ambil tindakan menyiasat, tetapi tidak semestinya ada penyelewengan yang dibuktikan,” katanya.

“Tapi saya takut rakyat sudah terbentuk satu pandangan semua perkara dalam audit report tu penyelewengan…tidak semua.

“Lagipun macam (Pengarah Siasatan SPRM) Datuk Mustafar Ali kata, Laporan Audit 2011 yang dikesan berpunca penyelewengan hanya ada dua kes sahaja,” kata ahli Parlimen Pulai itu.

Ditanya mengenai peranan PAC dalam perkara ini, beliau berkata jawatankuasa yang dipengerusikan beliau bukan sahaja fokus kepada penyelewengan tetapi bidang tugasnya lebih meluas.

Jika SPRM fokus kepada isu rasuah, PAC pula jelas beliau akan bertindak sebagai badan penyemak diperingkat eksekutif.

“Siapa eksekutif? menteri dan pegawai kerajaan…mereka (SPRM) fokus kepada isu…PAC bukan fokus kepada penyelewengan, kita fokus semua dari segi etika dan tanggungjawab pegawai kerajaan,” kata beliau.

“PAC fokus dari konteks lebih besar…kita nak memperbaiki sistem kerajaan supaya memberikan kualiti khidmat yg lebih baik.

“Persepsi dalam laporan audit itu semua penyelewengan tetapi ada sesetengahnya disebabkan kecuaian…kalau cuai perkara itu patut ditangani pihak kementerian dengan Ketua Setiausaha JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam),” jelas beliau.

Mustafar sebelum ini dalam kenyataannya berkata pihak telah membuka 15 kertas siasatan di mana siasatan tersebut dijalankan di bawah Akta SPRM 2009 dan pihaknya turut bekerjasama dengan Jabatan Audit Negara bagi membantu siasatan dan mengambil tindakan susulan. 8/10/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 8 October 2013 4:32 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: