Kategori Analisa Isu Semasa

Penderma hati mampu beri kejutan kepada Anwar di Kajang

7 FEB : Mungkin ramai berpendapat Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah boleh goyang kaki kerana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang tentu dalam genggamannya.

Ketika Barisan Nasional (BN) belum memutuskan akan bertanding atau memilih siapa calon menentang beliau, Ketua Umum PKR itu sudah boleh membilang hari untuk menduduki kerusi Menteri Besar Selangor.

Walaupun, beliau dan Tan Sri Khalid Ibrahim memberi pelbagai alasan tetapi umum tahu Anwar tentu tidak mahu melepaskan peluang melalui ‘serampang Kajang’ untuk menggantikan Khalid jika Putrajaya impian sebenar Anwar.

chewhoongling

Hoong Ling pernah bertanding di PJU menentang T0ny Phua

Namun, jika BN masuk gelanggang, siapakah yang akan dipertaruhkan menentang Anwar?

Atas kertas, kalah dalam tangan tetapi ayat ‘tiada yang mustahil dalam politik’ cukup popular bagi mengambarkan seribu satu kemungkinan boleh berlaku bagi sesiapa sahaja yang bergelumang dalam dunia politik.

BN tidak mungkin mahu mengaku kalah sebelum berjuang walaupun ada berpendapat ;membazir wang’ sahaja menentang Anwar di Kajang pada 23 Mac depan.

Apapun, dua perkara penting yang bakal diketahui daripada keputusan PRK Kajang kelak adalah mengetahui sejauh mana sokongan rakyat kepada kerajaan BN selepas 10 bulan PRU 13.

Kedua, jika MCA yang bertanding, BN dapat menguji kepimpinan baru parti itu mengalas cabaran di DUN Kajang nanti.

Persoalan kini, siapakah yang paling layak dan berwibawa mewakili BN atau MCA.

Lupakan nama Datuk Seri S.Nallakarupan rakan karib tenis Anwar atau Datuk Lee Chong Wei, jaguh badminton negara. 

Ini kerana sudah ada desas desus dalam MCA kemungkinan Ketua Pemuda yang baru, Chong Sin Woon dan Naib Presiden Datuk Paduka  Chiew Mei Fun yang juga bekas Ketua Wanita MCA.

chewmeifung

Chew Mei Fung ada pengalaman

Chew, 49, telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Wanita MCA pada 8 April, 2010, dua minggu selepas Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dipilih sebagai presiden untuk menepati janjinya yang beliau akan melepaskan jawatannya itu jika Dr Chua menang.

Bagaimanapun, bekas ahli Parlimen Petaling Jaya Utara selama dua penggal dan pernah dilantik timbalan menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat itu melakukan kejutan dengan bertanding pada pemilihan MCA  awal tahun ini dan memenangi jawatan Naib Presiden.

Berdasarkan rekod dan pengalaman, MCA dikatakan mahu mencalonkan Chew menentang Anwar pada PRK Kajang.

Namun, Chong, 39, bekas Ketua Biro Pendidikan MCA juga jadi pilihan bagi mengetengahkan pemimpin muda parti itu.

chongseiwoon

Chong calon generasi muda

Bagaimana, ada perkara lain yang perlu diberi perhatian oleh pucuk pimpinan BN dalam menentukan calon bagi berdepan Anwar yang juga Ketua Pembangkang.

Sebaik-baiknya, calon BN mestilah seorang wanita kerana kerap dalam pilihan raya, calon wanita mempunyai kelebihan ruang dan peluang untuk menang.

Walaupun, diakui sukar BN menewaskan Anwar, tetapi dapat mengurangkan majoriti yang diperolehi bekas Adun PKR DUN Kajang, Lee Chin Cheh juga amat bermakna.

Pada PRU 13, Lee memperolehi 19,571 undi manakala calon BN, Lee Ban Seng mendapat 12,747 undi.

Lee menang dengan majoriti 6,824 setelah mengalahkan empat calon bebas lain.

Justeru itu, BN boleh mempertimbangkan untuk mencalonkan seorang sukarelawan  yang pernah kisahnya mendermakan sebahagian hati kepada Lee An Qi yang menderita kanser hati pada usia 13 tahun pada 14 Januari 2009.

Chew Hoong Ling pernah dipilih bertanding mewakili BN di kerusi parlimen Petaling Jaya Utara pada PRU 13 menentang Tony Phua.

Walaupun, tewas Hoong Ling, 34, boleh diberikan peluang menentang Anwar di PRK DUN Kajang.

chewhongling

Hoong Ling boleh diberikan peluang sekali lagi

Dengan bilangan pengundi berdaftar wanita seramai 19,666 orang berbanding lelaki seramai 19,612 orang, pencalonan Hoong Ling amat menarik kerana personaliti yang dikagumi ramai setelah mendermakan 60 peratus hatinya kepada An Qi yang langsung tidak dikenali atau mempunyai perkaitan dengannya.

Ini bukan bermakna Chew atau Chong tidak layak tetapi Hoong Ling tentu lebih menarik untuk berdepan Anwar kerana PRK DUN Kajang tidak lebih kepada pertandingan personaliti berbanding populariti parti.

Percayalah, jika Chew jadi taruhan, Anwar yang sudah mengenali pemimpin MCA itu ada banyak modal ketika berkempen termasuk memperlekeh caca merba dalam parti itu sebelum ini.

Apapun, terpulang pimpinan tertinggi BN memilih calon pada PRK kedua selepas Kuala Besut pada tahun lalu.

Perlu diingat pembangkang sendiri mengetahui, jika Anwar tewas di Kajang, peluang mereka ke Putrajaya pada PRU 14 juga terkubur.

Sudah tentulah, BN perlu teliti memilih calon bagi memastikan bukan sahaja hajat Anwar menduduki kerusi Menteri Besar tidak tercapai tetapi kerusi Putrajaya juga lebur sama sekali.

Malah, yang menarik mengenai Hoong Ling beliau disifatkan pihak sebagai “berani” dalam buku setebal 114 halaman bertajuk “I Don’t Know You But Let Me Save You”.

Tidak salah, biarlah Hoong Ling berusaha menyelamatkan pengundi-pengundi Kajang setelah kepercayaan diberikan kepada calon PKR pada PRU 13 tidak dihargai apabila Lee meletak jawatan semata-mata mahu memenuhi impian Anwar.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 February 2014 9:29 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: