Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pendidikan pra-sekolah diselaras

26 NOV: Sistem pendidikan pra-sekolah di negara ini akan dirombak untuk diselaras, sekaligus menaiktaraf sistem pembelajaran kanak-kanak dan tenaga pengajar mengikut piawaian kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi berkata ia termasuk mewajibkan semua bakal guru pra-sekolah menghadiri kursus jangka pendek sekurang-kurangnya tiga bulan bagi melayakkan mereka mengajar.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi di Majlis Pecah Tanah Penubuhan Politeknik Bagan Datuk, di Tapak Politeknik Bagan Datuk, Perak.

Menurutnya, ketika ini guru pra-sekolah diambil daripada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tiada latar belakang pedagogi dan pendidikan pengajaran.

“Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Sosial Negara yang dipengerusikan saya kelmarin dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri akan diberi tanggungjawab menjadi penyelaras,” katanya.

Tambah Zahid, ia bertujuan untuk memupuk pembentukan sahsiah kanak-kanak sebelum memasuki alam persekolahan sebenar.

“Ketika ini, pendidikan awal persekolahan yang dikenali juga sebagai pra-sekolah dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan, Jabatan Perpaduan Negara, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan pihak swasta.

“Jadi, ada kepelbagaian kurikulum, sukatan pelajaran dan skim gaji berbeza bergantung kepada pengusaha atau organisasi yang melaksanakan pendidikan pra-sekolah,” katanya.

Zahid berkata demikian selepas merasmikan majlis pecah tanah Politeknik Bagan Datuk, hari ini.

Sementara itu, ditanya mengenai pra-sekolah elit termasuk sekolah antarabangsa yang mungkin tidak bersetuju, Zahid berkata mereka perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan tetapi dibolehkan menetapkan piawaian lebih tinggi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 26 November 2017 5:10 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: