Kategori Berita Antarabangsa

Penduduk Palestin serang delegasi AS dengan telur

24 FEB: Penunjuk perasaan di Palestin membaling telur terhadap delegasi Amerika Syarikat (AS) untuk menyuarakan kemarahan mereka terhadap Washington yang berpihak kepada rejim Israel.

Dalam kejadian kelmarin itu, puluhan penduduk Palestin berhimpun di luar pusat penyelidikan dan pengundian berhampiran Ramallah di mana wakil dari AS termasuk ahli Majlis Bandar Raya New York dan kumpulan masyarakat sivil mengadakan lawatan.

Delegasi dari Amerika Syarikat terpaksa diiringi pihak keselamatan selepas dibaling telur oleh penduduk Palestin.

“AS tidak dialu-alukan di Palestin! Baitulmaqdis adalah ibu negara Palestin!” laung kumpulan protes itu ketika mereka cuba memasuki premis itu.

Kumpulan penunjuk perasaan itu turut mengibarkan bendera Palestin dan membawa plakad anti-AS tertera, ‘AS adalah sebahagian daripada masalah dan bukan penyelesai masalah’.

Mereka juga menuntut penghapusan penempatan haram Israel dengan menggunakan hashtag #HandsOffJerusalem.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 24 February 2018 11:05 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: