Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Penduduk PPRT Lembah Subang gesa Iskandar letak jawatan

7 JULAI: Penduduk Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Lembah Subang  1 kekal menyokong pengambilalihan semula  kuasa pentadbiran pangsapuri tersebut oleh Kerajaan Persekutuan daripada Kerajaan Selangor yang dilabelkan gagal menyediakan suasana kondusif kepada penduduk di situ sejak 9 tahun lalu.

Menurut salah seorang penduduk, Abu Taib Wirid, usaha keras  yang dilakukan oleh Menteri Kesejahteraan Bandar dan Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar dalam berusaha berunding walaupun berhadapan halangan pihak tertentu daripada kerajaan negeri.

Sebelum ini EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad mendakwa Noh mempolitikkan isu pengambalihan PPRT untuk kepentingan politik Barisan Nasional Selangor.

“Sebenarnya Noh sudah bekerja keras menyalurkan bantuan daripada KPKT berjumlah RM32 juta. Beliau juga sudah turun padang sebanyak enam kali berbanding Iskandar yang hanya tahu bercakap tapi tak melakukan apa-apa kepada penduduk di sini.

“Siapa yang sebenarnya yang bermain politik, Iskandar atau Noh? Iskandar hanya sekali sahaja datang ke sini,” selarnya,” katanya Jumaat.

Sementara itu, dalam majlis yang berlangsung di perkarangan pangsapuri berkenaan, lebih 50 orang penduduk hadir sebagai tanda bantahan kepada kenyataan Iskandar serta sokongan kepada Noh.

Lebih menyedihkan, menurut Abu Taib, keihklasan Iskandar serta kerajaan negeri dalam membela nasib penduduk PPRT boleh dipertikaikan apabila dikatakan menghalang penukaran lif baharu.

“Lebih baik Iskandar meletakkan jawatannya sebagai EXCO, kerana sejak 9 tahun beliau tidak buat apa-apa untuk atasi masalah kami di sini.

“Iskandar suka berdolak dalik dan mempolitikkan masalah kami, sedangkan kami sebagai penduduk di sini rasa teraniaya dengan tindakan beliau itu, kawasan kediaman tidak dibela dengan baik oleh Kerajaan Selangor,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, S.Pathmanathan menyifatkan Iskandar hanya ingin menutup kepincangan beliau yang gagal melaksanakan tanggungjawabnya sebagai EXCO Kerajaan Selangor.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 July 2017 4:51 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: