Kategori Berita Antarabangsa

Penduduk tempatan bantu cari serpihan pesawat

4 OGOS: Penduduk Pulau Reunion dan pulau berdekatan di Perancis itu membantu operasi mencari serpihan pesawat Boeing 777 yang didakwa milik penerbangan MAS, MH370.

Menurut CNN, kru operasi dan penduduk meluaskan kawasan carian di sekitar Mauritus, 175 kilometer dari Reunion.

“Kami memberikan kerjasama sepenuhnya selepas serpihan ditemui di Pulau Reunion,” kata seorang anggota polis Mauritus, Sarjan Indira Bhugobaun.

penduduk pulau reunion bantu cari serpihan

Serpihan dipercayai bentuk seperti bagasi juga ditemui penduduk tempatan

Bot dan pesawat pengawal pantai sudah memulakan operasi mencari sejak Sabtu dan operasi dijangka berterusan sehingga Khamis ini.

Pengawal pantai kepulauan Seychelles yang terletak 1,800km di utara Reunion juga menerima arahan untuk membantu mencari serpihan pesawat.

Sementara itu, orang ramai juga berkumpul di pesisiran pantai Reunion berdekatan kawasan flaperon pesawat ditemui.

“Hari ini, ramai orang pergi ke pantai dan memberikan objek kepada pihak polis, namun kami fikir ia tiada kaitan dengan pesawat,” kata jurucakap dewan bandar raya Saint-Andre, Jean-Yves Sambimanan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 4 August 2015 10:53 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: