Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Si penendang wanita ditahan

9 NOV: Seorang bekas banduan yang digelar ‘si penendang wanita’ ditahan selepas mengulangi perbuatan itu di jejantas berdekatan Bank Negara pada petang Isnin lalu.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim, suspek ditahan di hadapan pondok bas Masjid Saidina Hamzah, Kg Batu Muda, Sentul malam tadi.

Rakaman CCTV menunjukkan seorang wanita terduduk selepas ditendang oleh suspek.

“Suspek terbabit pernah ditahan atas kesalahan sama dan dipenjara tiga bulan.

“Siasatan ke atas lelaki itu dilakukan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan,” katanya hari ini.

Dalam kejadian terbaharu, lelaki berusia 34 tahun itu menendang seorang wanita sehingga mangsa jatuh terduduk.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berkenaan kejadian itu kemudiannya menjadi viral di media sosial.

Tambah Mazlan, suspek memiliki rekod jenayah untuk kes ugutan, khianat serta mencederakan orang.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 November 2017 5:52 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: