Kategori Berita Antarabangsa

Penerbangan terkandas selepas juruterbang, kru kabin mogok

22 FEB: Hampir separuh penerbangan syarikat Air France di Paris dibatalkan hari ini susulan mogok oleh juruterbang, kru kabin dan kakitangan berikutan masalah pembayaran gaji.

Bagaimanapun, tiada laporan gangguan utama di lapangan terbang Charles de Gaulle atau Orly pada pagi Khamis.

Berikutan itu, syarikat penerbangan itu menasihati pelancong untuk menangguhkan perjalanan mereka sehingga 27 Februari tanpa biaya tambahan.

“Air France menyesali situasi ini dan akan cuba meminimumkan kesulitan berikutan mogok ini kepada pelanggan,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan yang dilapor AFP.

Mogok itu dilakukan selepas kumpuan pekerja syarikat itu menuntut kenaikan gaji 6 peratus selepas bertahun-tahun berlaku pemotongan serta tiada kenaikan.

Namun, pihak pengurusan menolak permintaan itu kerana mereka cuba mengurangkan kos untuk bersaing dengan syarikat penerbangan tambang rendah seperti Ryanair dan Easyjet.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 22 February 2018 7:19 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: