Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Penerima BR1M lama tak perlu daftar mohon semula

12 JAN: Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sedia ada tetap akan menerima bantuan berkenaan dan tidak perlu lagi mendaftar untuk memohon skim itu.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, wujud kekeliruan di kalangan orang ramai khususnya penerima BR1M sebelum ini bahawa mereka perlu mendaftar lagi untuk mendapatkan bantuan berkenaan.

BR1MKata Ahmad Husni, penerima sebelum ini tidak perlu lagi mendaftar atau membuat permohonan semula sebaliknya hanya perlu memberikan nombor akaun masing-masing kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi memudahkan urusan pemberian bantuan menerusi akaun bank.

“Ramai yang bertanya kepada saya mengenai perkara ini. Saya tegaskan sekali lagi bahawa pemohon sebelum ini yang telah menerima BR1M tidak perlu lagi mendaftar untuk bantuan itu.

“Mereka akan menerimanya, cuma bagi mana-mana yang masih belum memberikan nombor akaun kepada LHDN, sila lakukannya segera sebelum 31 Januari ini bagi membolehkan pembayaran dibuat,” kata Ahmad Husni.

BR1M lama xpayah registerSelain itu, kali ini kerajaan mengambil pendekatan membuat pembayaran BR1M menggunakan akaun bank kerana berpendapat langkah itu lebih efisien berbanding membuat majlis dan meminta rakyat beratur menunggu.

“Kita kena hormat rakyat, takkan kita mahu rakyat beratur tengah-tengah hujan, panas seperti di negara dunia kedua,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan program Perjumpaan Khas Bersama Ahli Jawatankuasa dan Ketua Cawangan UMNO Bahagian Tambun, Ipoh, Perak pada Ahad-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 January 2014 4:54 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: