Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Penganjur ceramah Pakatan Harapan disiasat

4 MAC: Polis akan melakukan siasatan terperinci serta mengambil tindakan sewajarnya terhadap penganjur Ceramah Jelajah Pakatan Harapan tanpa memperolehi permit sah di Kamunting semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata siasatan dibuat di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana berhimpun di tempat larangan dan tanpa kebenaran.

“Permit tidak keluarkan kerana lokasi ceramah mengganggu lalu lintas, kenderaan termasuk treler yang dijadikan pentas berceramah diletakkan di atas jalan raya.

“Selain itu, polis juga menerima banyak aduan daripada penduduk sehingga menyebabkan polis terpaksa mengambil tindakan dan tidak mengeluarkan permit,” katanya hari ini di Ipoh.

Dalam ceramah yang diadakan di kawasan perumahan di Kamunting pemimpin pembangkang termasuk Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad terpaksa berceramah di atas kenderaan pacuan empat roda (4WD) tanpa sebarang kekecohan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 4 March 2018 5:40 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: