Kategori Berita Utama

Penganjur himpunan TURUN tak perlu sorok niatnya

25 DIS : Dalang Himpunan Guling Kerajaan masih menyembunyikan tangan selepas membaling batu menghasut orang ramai menyertai perhimpunan di Dataran Merdeka pada malam 31 Disember.

Bagaimanapun, tidak sukar meneka siapa disebalik rancangan onar tersebut yang terang dan jelas mahu mengambil kesempatan ketika rakyat negara ini khususnya warga kota berhimpun saban tahun menyambut malam tahun baru di tempat itu.

Pemimpin Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) Azan Safar boleh kata beliau tidak terbabit himpunan itu dengan bersembunyi disebalik kempen ‘2014 Tahun Sengsara Rakyat’ melalui perhimpunan di tempat dan masa yang sama.

azansafar1

AZAN…tidak perlu sembunyi tujuan anjur TURUN

Selepas ditahan dan disiasat selama 20 jam oleh polis, Azan bertanya adakah dengan memperjuangkan hak dan suara rakyat supaya bebanan kos sara hidup mereka diturunkan, maka beliau digelar penjenayah?

Beliau juga mendakwa, TURUN sentiasa menghormati sistem demokrasi berparlimen di negara ini.

Mudah menjawab soalan beliau kerana memang tidak salah memperjuang hak dan suara rakyat mengenai bebanan kos sara hidup tetapi adalah salah rancangannya mahu orang berkumpul di kawasan yang sepatutnya tempat santai warga kota bersama keluarga pada malam berkenaan.

Lagipun, jika menghormati sistem demokrasi berparlimen, Azan patut tahu ahli-ahli parlimen pembangkang tidak pernah sunyi di Dewan Rakyat membangkitkan macam-macam isu setiap kali bersidang.

Selain itu, rakyat mempunyai hak menentukan kerajaan pada setiap pilihan raya umum tetapi malangnya, Azan pasti antara kumpulan yang kecewa kerana impian beliau supaya pembangkang menawan Putrajaya pada PRU 13 lalu gagal.

azan1

Azan(duduk kanan) pernah hadiri sidang media bersama ahli Parlimen PAS di Lobi Parlimen.

Justeru itu, saranan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee supaya dalang dan penganjur himpunan guling kerajaan ditangkap tepat sekali.

Menurutnya, perhimpunan itu jelas bertentangan dengan lunas demokrasi di samping mengundang keresahan orang awam.

“Ini bukan kali pertama perhimpunan seperti itu. Jalan terbaik bagi mengekang tindakan yang menyusahkan rakyat ialah dengan menangkap dalang dan pihak penganjur.

“Kumpulan tersebut secara jelas mencabar kedaulatan undang-undang, memperlekehkan kredibiliti polis dan memilih cara yang cenderung kepada keganasan,” katanya menerusi blog UMNO Cheras, Rabu.

“Dalangnya harus diheret ke muka pengadilan kerana cuba mencetuskan kebimbangan orang ramai terutama warga kota dan mengganggu-gugat ketenteraman awam,” tegas beliau.

azan2

Azan (dua dari kiri) disebelah Datuk A.Samad Said yang pernah terbabit himpunan Bersih.

Gesaan itu tentunya bukan ditujukan kepada dalang Himpunan Guling Kerajaan tetapi mungkin juga kepada Azan.

Azan tidak perlu menyembunyikan identiti beliau dan jika beliau berpegang kepada lunas demokrasi, sepatutnya beliau memaklumkan kepada polis cadangan perhimpunan tersebut.

Kerajaan kini sudah membenarkan perhimpunan aman asalkan penganjur mematuhi syarat-syaratnya dan sekiranya Azan enggan mematuhinya, janganlah beliau mahu menjadi ketam – mengajar orang lain berbuat perkara betul sedangkan diri sendiri tunggang langgang.

Beliau tidak patut ajak rakyat ‘sengsara’ demi muslihat politik murahannya itu –bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 25 December 2013 9:03 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: