Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Penganjur protes cukai akan kena tindakan – KPN

17 DIS: Meskipun situasi ketika perhimpunan haram membantah kenaikan cukai taksiran Dewan Bandararaya Kuala Lumpur (DBKL) pada Isnin dapat dikawal pihak keselamatan, tindakan tetap akan diambil terhadap penganjurnya, kata Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Menurut Khalid, perhimpunan haram yang dihadiri kira-kira 500 orang di hadapan ibu pejabat DBKL di Jalan Raja Laut itu terang-terangan melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana penganjur gagal mengemukakan notis makluman 10 hari sebelum perhimpunan berlangsung.

Penganjur protes kenaikan cukai taksiran DBKL pada Isnin langgar Akta Perhimpunan Aman 2012.

Penganjur protes kenaikan cukai taksiran DBKL pada Isnin langgar Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Kita seharusnya menghormati undang-undang yang diluluskan Parlimen bukan melanggar undang-undang yang termaktub.

“Tunjuk perasaan atau perhimpunan itu dianggap menyalahi undang-undang. Jika pihak penganjur melanggar undang-undang, kami akan mengambil tindakan yang sewajarnya,” kata Khalid.

Bagaimanapun Khalid yang ditemui pada sidang media di Akademi Polis pada Selasa mengesahkan tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini.

Himpunan haram bermula jam 10 pagi Isnin itu turut dihadiri pemimpin pembangkang.

KHALID

KHALID – Undang-undang yang termaktub di Parlimen sepatutnya dipatuhi bukan diilanggar.

Ahli Parlimen DAP Cheras, Tan Kok Wai mengakui penganjur tidak memaklumkan kepada polis mengenai himpunan itu kerana merasakan ia tidak perlu dilakukan.

Pemimpin pembangkang lain yang turut serta dalam protes berkenaan ialah ahli Parlimen DAP Seputeh Teresa Kok, ahli Parlimen PKR Batu Tian Chua, ahli Parlimen DAP Bukit Bintang Fong Kui Lun, ahli Parlimen PKR Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, ahli Parlimen DAP Kepong Tan Seng Giaw, ahli Parlimen DAP Segambut Lim Lip Eng dan juga ahli Parlimen PAS Kuala Krai Dr. Mohd Hatta Ramli.

Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyifatkan jumlah bantahan yang diterima berhubung kenaikan cukai taksiran DBKL itu tidak memadai berbanding 500,000 jumlah harta yang ada di ibu negara.

Menurut beliau pada Selasa, tempoh untuk mengemukakan bantahan terhadap semakan semula cukai berkenaan akan berakhir tengah malam ini, namun setakat Isnin hanya 80,000 surat bantahan diterima.

“Tengah malam ini merupakan tarikh akhir untuk semua pemilik harta bagi menyerahkan surat bantahan mereka. Setakat ini, semua surat bantahan mempunyai aduan dan alasan yang sama mengenai bantahan mereka,” kata Tengku Adnan.

Kadar baharu cukai taksiran di ibu kota akan ditentukan selepas panel yang dilantik DBKL selesai meneliti semua bantahan yang diterima.

Panel berkenaan akan meneliti setiap bantahan dan keputusan akan dilakukan atas budi bicara DBKL sebelum kadar cukai baharu dikuatkuasakan 1 Januari depan.

Tengku Adnan ditemui selepas melancarkan kemudahan Park ‘N Ride dekat Terminal Bersepadu Bandar Tasik Selatan (TBS) di Cheras.-bnbbc.my

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 December 2013 5:00 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: