Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pengarah JPS Perlis direman 7 hari

30 JAN: Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis bersama kontraktor direman tujuh hari untuk membantu siasatan disyaki terbabit rasuah dan salah guna kuasa membabitkan hampir RM4 juta.

Perintah tahanan reman yang bermula hari ini sehingga 5 Februari depan itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Tertinggi Mahkamah Rendah Alor Setar, Wan Nor Fadzilah Wan Ibrahim.

Penahanan reman itu bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Semalam, tiga individu itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu operasi.

SPRM dilaporkan turut merampas wang tunai berjumlah hampir RM900,000 dan menyita empat akaun bank bernilai RM2.9 juta.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 January 2018 11:38 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: