Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pengarah operasi SPRM disoal siasat polis

3 OGOS: Polis hari ini menyoal seorang pengarah di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam meneruskan siasatannya terhadap kes kebocoran maklumat mengenai siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Datuk Bahri Mohamad Zin, Pengarah (Operasi Khas) SPRM, merupakan orang keempat disoal siasat polis berhubung kes itu.

Satu pasukan, dipercayai dari Bukit Aman, tiba di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada 2.45 petang Isnin.

BAHRI SPRMBahri, yang tiba di pejabatnya 3.07 petang, kelihatan terkejut dengan kehadiran ramai petugas media di hadapan bangunan ibu pejabat itu.

Beliau diiringi ke dalam bangunan oleh pegawainya dan beberapa anggota keselamatan.

Bahri yang ditemui kira-kira dua jam selepas siasatan selesai bagaimanapun menyatakan kekesalannya kerana dituduh membocorkan maklumat siasatan 1MDB.

Tegasnya perkara itu langsung tidak berlaku dan mendakwa ada pihak yang sengaja menaburkan fitnah kepada SPRM.

“Dia diskus melakukan siasatanlah  untuk mencari dan menyiasat pihak mana yang membocorkan rahsia berkenaan  dan saya yakin dengan sepenuh hati bahawa bukan daripada kami perkara itu.

“Bendanya adalah reproduce berat sebelah dan saya cukup kesal perkara ini berlaku dan kami telah menyiasat dengan sepenuh hati siang dan malam bagi mencari kebenaran tiba-tiba dpp kami diambil pada waktu pukul 1 pagi dan ia amat menghairankan kenapa boleh berlaku perkara sebegini,” katanya kepada media sebaik diserbu di depan pejabat SPRM.

POLIS SIASAT BAHRI SPRMTambahnya pihak polis tidak akan mengambil tindakan di luar jangkaan kecuali ada orang lain yang memaksa pihak polis melakukan siasatan yang disifatkannya sebagai kejam.

Sabtu lepas, polis menahan Pegawai Jabatan Peguam Negara Jessica Gurmeet Kaur dan Bekas Penasihat SPRM Tan Sri Rashpal Singh untuk disoal siasat berkaitan dengan kes itu.

Kedua-duanya ditahan mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan, yang berkaitan dengan aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen.

Mereka dibebaskan pada malam yang sama apabila pihak polis gagal mendapatkan perintah reman untuk menahan mereka lebih lama.

Penangkapan Rashpal dipercayai berkaitan dengan laporan yang beliau ada menemui Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown Di London.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 August 2015 8:07 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: