Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pengaruh Daesh di media sosial perlu dibendung

3 MEI: Jika penyebaran ideologi militan Daesh menerusi media sosial tidak disekat, jumlah penahanan individu di negara ini yang terpengaruh dijangk terus meningkat.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Keganasan Cawangan Khas Bukit Aman, SAC Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata berdasarkan pemantauan pihaknya, penyebaran ideologi Daesh  amat berpengaruh di laman sosial.

“Langkah awal yang diambil oleh pengganas ini  adalah dengan mendekati individu yang mempunyai masalah menerusi laman sosial Facebook sebelum bertukar nombor telefon untuk meracuni fikiran mereka.

“Mereka turut mengajak orang awam untuk menyertai kumpulan militan menerusi anjuran ceramah dan sesi usrah sulit dengan meyakinkan bahawa jalan tersebut dapat menyelamatkan mereka dunia dan akhirat,” katanya pada Forum Ancaman Keselamatan Dalam Kalangan Masyarakat Kampus di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada Rabu.

Sehingga April tahun ini, seramai 30 individu ditahan oleh polis.

Sementara itu, Ayob juga mendedahkan, kumpulan miltan itu mula menyebarkan ideologi dalam kalangan pelajar di universiti awam dan swasta di negara ini.

“Asas perjuangan kumpulan militan ini adalah menerapkan konsep jihad yang bertentangan dengan ajaran sebenar Islam, ajakan untuk bertempur dengan dajal di Damsyik, Syria serta menggunakan alasan hijrah demi Islam.

“Setiap pengikut yang bersetuju untuk menyertai ideologi tersebut akan berbai’ah untuk setia dengan perjuangan Daesh,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 May 2017 10:13 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: