Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pengasas Kelab Veteran UMNO sudah tiada

2 DIS: Pengasas dan Pengerusi pertama Kelab Veteran UMNO, Tan Sri Tajudin Ali meninggal dunia di rumahnya di Ipoh pagi tadi.

Laporan sebuah portal berita tempatan menyebut allahyarham dimasukkan ke hospital dua minggu lalu, dipercayai kerana jangkitan paru-paru.

Allahyarham kemudiannya dibawa balik ke rumahnya dua hari lalu, sebelum meninggal dunia kira-kira jam 11.30 pagi.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dilaporkan sempat meluangkan masa melawat allahyarham semalam.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg Sungai Ara, Batu Kurau, sebentar tadi.

Tajudin adalah bekas wakil rakyat kawasan Kinta Utara dan tiga penggal sebagai Ahli Parlimen Larut mulai 1959, ketika zaman Allahyarham Tuanku Abdul Rahman al-Haj dan Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein menjadi Perdana Menteri.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Puan Sri Putri Sharifah Megat Abd Rahman, 89, dan sembilan orang anak.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 December 2017 6:29 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: