Kategori Berita Antarabangsa

Pengebom nekad di Belgium laung Allahu Akhbar

21 JUN: Suspek dipercayai pengebom nekad yang ditembak mati pasukan tentera di Stesen Sentral, Belgium  pada Selasa malam dikatakan melaungkan ‘Allahu Akbar’ sebelum meletupkan bom.

Bagaimanapun, letupan berkenaan tidak menyebabkan kecederaan kepada mangsa lain dan suspek disahkan mati beberapa jam selepas kejadian.

Insiden itu menyebabkan penumpang kereta api berusaha menyelamatkan diri.

Dalam kejadian itu, Polis menembak mati suspek yang disyaki pengebom berani mati.

Sebelum itu, media sosial turut memaparkan rakaman letupan di ruang ketibaan di bahagian bawah tanah yang kosong susulan kejadian itu.

Mangsa kejadian kemudiannya berkongsi pengalaman mereka dalam media sosial.

“Ketika saya turun ke aras mezanin, saya dengar orang menjerit dan berteriak ‘Allahu Akbar’ sebelum meletupkan beg pakaian beroda,” kata salah seorang daripada mereka.

Seorang lagi dilaporkan berkata: “Saya berada di belakang dinding ketika ia meletup. Saya terus turun dan memaklumkan rakan sekerja untuk memindahkan semua orang”

Sementara itu, pendakwaraya, Nicolas Van Herringer berkata letupan berlaku bukan dasyat.

“Tetapi kesannya besar. Orang ramai mula lari bertempiaran,” katanya kepada pengamal media.

Van Herringer berkata, suspek yang memakai kemeja putih dan seluar denim mempunyai tubuh yang besar dan sasa serta berambut pendek.

“Saya lihat dia memakai sesuatu kerana saya boleh lihat ada wayar yang terkeluar, jadi ia mungkin rompi,” katanya. Sementara itu, pihak pendakwa memberitahu Libre Belguque bahawa suspek membawa beg sandang dan tali pinggang yang mengandungi bahan letupan, sebelum ditembak mati.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 21 June 2017 10:05 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: