Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pengedar dadah serang polis guna pedang samurai

20 MEI: Seorang lelaki yang juga suspek pengedar dadah hampir maut akibat ditembak polis selepas bertindak menyerang anggota polis dengan menggunakan sebilah pedang samurai.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus yang mengesahkan kejadian yang berlaku pada jam 10 pagi tadi di di Hulu Tingkayu, Sabah.

“Anggota polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan apabila suspek bertindak menyerang menggunakan pedang.

“Berikutan itu, suspek terkena tembakan di bahagian rusuk kanan, lutut kiri dan tangan kanan,” katanya Sabtu.

Fadil menjelaskan polis yang bertindak atas maklumat sebelum itu membuat serbuan terhadap suspek bersama seorang lagi rakannya yang sedang menunggang motosikal.

Bagaimanapun rakan suspek melarikan diri.

Susulan itu, polis merampas bahan berhablur disyaki dadah dan sebilah pedang samurai.

Kes disiasat mengikut seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 20 May 2017 6:47 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: